Feed on
Posts

Monolog aku II

“… dan bicara itu sekadar bermain difikiran” - Perindu

Gerimis hujan dimalam hari
Rembulan sembunyi dibalik awan
Tertanya aku dalam dingin hari
Dimanakah senyuman lalu?

Pungguk menangis atau tertawa
Langit berdentum memecah sunyi
Dimanakah wajah yang dirindu
Saat menghilangnya malam sepi

Hadirkah bertamu didalam mimpi
Atau sekadar khayalan sendiri
Dimana titik sebuah pertemuan
Kerna titik akhir telah kutemui

Disini atau disana
semuanya sama sahaja
sekadar fatamorgana suram
Sebuah kehilangan yang pasti!

Perindu
Under The Blue Moon
211743220208

“… berjalan dibawah sinar rembulan yang suram, titis hujan itu seakan tangisan dalam jiwa yang tiada pernah terluah” - Perindu

Monolog Aku I

“… dan angin itu membawa pergi bersama segala kenangan lalu” - Perindu

Dan rembulan tersenyum riang, terkesima aku kerna pesonanya. Namun apakah maksud yang wujud diantara senyum itu? Adakah ia sebuah yang nyata atau sekadar khayalan? Ah saat ini hati berbunga indah tapi renungan langit yang kekosongan membuat ku terpana! Apakah artinya renungan itu? Ah kacau jiwa ini, mungkinkah pada saat wujudnya ceria dihati ini ada hati yang terluka?! Ah mungkinkah bahagiaku nanti dibina dari airmata dan airmata? Lantas apa yang perlu kulakukan….

“… sirna cahaya diufuk barat membawa bersama semilir kedinginan” - Perindu

Aku dan madah

“… yang mana satu diriku yang dikau kenali?”

Ramai yang tersalah sangka
ramai yang masih menduga
ramai lagi yang masih menyangka
luahan ku hanya sandiwara

Tiada yang cuba mengerti
tiada yang cuba memahami
apa yang tersirat dihati
apa yang bermain disanubari

Memang ramai yang mengenali
tapi sayang ia masih tak cukup lagi
tuk membuka rahsia hati ini
yang masih terkunci rapi

Aku yang sentiasa sunyi
yang sentiasa dalam sepi
biarpun hari berganti hari
biarpun musim bertukar ganti

JANGAN kau cuba mendekati
jika sekadar ingin menguji
jika sekadar ingin mengetahui
apa yang bermain dihati

JANGAN kau cuba selami
jika kau tak melengkapi diri
jika kau tak bersungguh hati
kerna ia akan menambah salah sangka lagi

Kenalilah lah dirimu dahulu
sebelum diriku ingin kau temu
sebelum kau bisa mendengar lagu
yang sentiasa beralun dikalbuku

BUKAN mudah tuk kau halusi
BUKAN mudah tuk kau selami
BUKAN mudah tuk kau dekati
BUKAN mudah tuk kau miliki

Biarpun bertahun mengenali
diriku yang hidup dalam misteri
yang sentiasa mencipta teka teki
hanya terbongkar pabila dilihat dengan mata hati

JANGAN kau menuduh lagi
JANGAN kau mencaci lagi
JANGAN kau menghina lagi
JANGAN kau memarahi ku lagi

Kerana aku bukan seperti yang engkau fikirkan
kerana aku bukan seperti yang mereka fikirkan
kerana aku tetap aku biar pun masa berlalu
dan mereka tetap mereka biarpun masa berlalu

Biarkan aku sendiri
jika aku tak mampu kau fahami
jika aku kata ku tak kau senangi
kerana kau hanya mampu mengenali….

KERANA aku kan tetap MISTERI …….

Perindu… ;)
Friday, April 09, 2004 00:42:04

*nota*
1- saya tidak membalas sms atau menjawab telefon kerna telefon saya hadapi masalah dan bukan kerna sombong.
2- saya berdiam diri dan jarang masuk ym atas sebab saya alami simptom personality disorder yang memeningkan.
3- saya mohon maaf jika saya hanya bertamu tanpa meninggalkan jejak kerna ada waktunya kita memerlukan masa dan ruang tuk diri kita sendiri.

“…. Jika hitam itu kejahatan, adakah putih itu kebenaran? Dimana pula letak kelabu saat hitam dan putih dititik temu? - Raden “

Istilah Bercinta

“.. cinta… berapa ramai yang mengerti, berapa ramai yang memahami, berapa ramai yang menemui…”

Cinta…
sesuatu yang diseringkan diperkatakan
tapi berapa ramai yang mengerti
berapa ramai yang memahami
erti cinta yang misteri

Cinta…
ramai yang salah sangka
ramai yang tersilap teka
ramai yang pernah mencuba
tapi tidak pernah berusaha

Cinta…
terlalu indah jika dihalusi
terlalu hebat jika disedari
terlalu manis jika diselami
terlalu agung jika dimiliki

Cinta…
hadirnya pelbagai rupa
sesuatu yang tak pernah diduga
sesuatu yang tak pernah disangka
hadirnya membawa bahagia…

Cinta
terlalu banyak nama
terlalu banyak cerita
terlalu banyak bahagia
terlalu banyak derita

Cinta
walau pelbagai istilah tercipta
walau pelbagai lagenda tercipta
engkau kan tetap diingati
engkau kan tetap dinanti…..

~Perindu~
PS1188 080420042257

“…. cintakah itu atau khayalan semata?”

Cintakah Itu

“… datang tanpa diduga pergi tanpa disangka….”

Cintakah itu

manakah maluku
tika aku mengucap cinta
tapi ini yang kumahu
supaya tiada salah sangka

manakah rinduku
yang bermain dikalbuku
tika malam menebarkan sayapnya
tika aku bermonolog sendiri

manakah cintaku
sudahkah ia dibawa pergi
oleh engkau yang baru kukenali
setelah lama ia terbiar sepi

Perindu
Thursday, April 29, 2004 22:37:00

“… gemersik suara itu, dikaukah sang pemilik suara yang menawan kalbu?”

Top of Page