Thursday, February 22, 2007 at 19:51:11
Akhir akhir ini kesibukan menguasai diri.. dalam melangkah seringkali saya alpa pada yang saya rindui pada yang saya kasihi, terkadang dalam diam airmata mengalir sungguh kerinduan itu boleh wujud dimana mana. Dalam percintaan semestinya, dalam persaudaraan dan terkadang ia wujud dalam persahabatan tapa disedari, seperti cinta rindu itu jua terkadang wujud tanpa pernah disedari.
Ada waktunya keegoan menguasai diri, sehingga mengabaikan apa yang dimiliki, ada waktu nya berdiam diri akan mewujudkan salah faham sehinggakan perkara yang mungkin kecil akan berubah jadi besar. Dan sungguh dari perkara yang remeh akan melukakan hati hati yang merindui tanpa mereka sedari.
Ternyata saya masih belum betah tuk melangkah bersendirian, walau pun kebanyakan masa saya senantiasa sendiri, suatu masa dahulu mungkin ada insan yang sanggup menangisi kerna saya namun semua itu telah berlalu.. Bukankah bijaksana dahulu pernah berkata tiada yang kekal didunia ini?!
Teringat perbualan dengan seorang teman, beliau bertanya kenapa saya jarang memberi jawaban atau alasan untuk sesuatu perkara yang terkadang tidak difahami. Jawab saya “Masa akan memberitahu jawabannya, andai engkau bersahabat dengan aku atas dasar kejujuran dan keikhlasan, pasti engkau mengerti … suatu hari nanti!”
Entahlah terkadang semakin kita ingin menghampiri semakin akan diri kita dijauhi, ternyata kita tak mampu mmbahagiakan semua orang .. namun itu lah impian saya .. sebelum nafas saya terhenti sebelum mata saya terpejam rapat, saya harap dia akan memahami satu masa nanti… suatu hari nanti nanti
salam kerinduan buat semua… andai wujud rindu dihati beritahulah sebelum terlambat , sebelum anda menyesali seumur hidup anda !
Dont hold someone who u can be with!!! U wil hurts that person!
Published by Perindu in Coretan| Add a comment
Wednesday, February 21, 2007 at 20:49:33
Ah lama sudah tak saya coretkan disini. Kesibukan membuatkan saya sering terumbang ambing dalam arus gelora masa. Terkadang ingin saya bicara pada masa kasihanilah saya tapi saya juga terlupa bukan kah setiap insan ada 24 waktu yang sama mengapa mesti mereka mampu dan saya tidak? Alpa dengan pemberian DIA sedangkan saya harus ingat bukankah dia telah menasihat dalam ayat cinta berjudul DEMI MASA !
Hari ini ternyata penuh kesibukan, beberapa hari bercuti banyak pula pokok pokok yang sakit yang ingin diubati… argh siapakah yang terlalu kejam mencipta virus virus yang merosakkan rimbunan pepohon yang sedang mekar…
Ah tapi tanpa mereka tiadalah perkerjaan buat saya. Ah betapa saya alpa pada dia yang mengatur segalanya.
Salam kerinduan buat semua…
Published by Perindu in Coretan| Add a comment
Friday, February 16, 2007 at 11:27:48
Entah kenapa luruh rasa nya hati saat berita pemergian anak kakakku. erm malam tadi buat pertama kali saya terdiam, saya tak bisa memujuk ayahanda yang rawan hatinya kerna kehilangan seorang lagi cucu. Ah terkadang saya rasakan saya tidak pernah berguna langsung buat keluarga saya selain dari menghancurkan harapan mereka suatu masa dahulu, saya tak bisa tuk beramah mesra.. dan semalam saat ayahanda bersedih saya terdiam saya ingin memeluk dan menyabarkan beliau tapi…
Maafkan saya …
Published by Perindu in Coretan| Add a comment
Wednesday, February 14, 2007 at 20:06:40
Warkah buat kekasih
Kerana aku kekasih
dan engkau yang aku kasih
maka ku cipta bait bait indah
buat engkau wahai kekasih
Kerana aku kekasih
dan engkau yang aku kasih
ku cipta lagu rindu buat mu
biarpun mungkin sekadar berkumandang dijiwaku
Kerana aku kekasih
dan engkau yang aku kasih
ku cipta taman puisi semerbak mewangi
agar angin meniup cinta ku pada mu
kerana aku kekasih
engkau insan yang aku kasih
ku mahu engkau mengerti
yang cinta ku tak pernah berbelah bagi
KERANA ENGKAU KEKASIH
Bisik angin mendayu dayu mengalun irama rindu perlahan ku buka mata namun kehampaan menerjah jiwa terkadang apa yang terlihat tak semestinya indah yang terdengar tak semestinya penuh ceria…
Baru baru ini saya keletihan amat sangat, entah kenapa saya ingin selesaikan segala permasalahan yang menghantui saya dan jua segala janji yang terlaksana.. entah kenapa terkadang saya rasa keletihan ini mungkin akan bertemu titik noktah!
Saat ini hati saya masih lagi tidak tenteram, barangkali jiwa masih kacau bilau lantaran terlalu banyak perkara yang berlaku. Adakalanya saya ingin berputus asa, sungguh terkadang saya tak tega menjadi seorang PERINDU! Namun melarikan diri dari kerinduan bukan lah perkara yang bijak lambat laun pasti dan pasti ia akan datang mungkin membawa sejuta kekesalan…
“Dimana kekasih yang pernah menjanjikan sejuta kata? Dimana kasih yang pernah diberi? Dimana cinta yang pernah meragut kewarasanku?!”
*nota : Buat awak.. selamat ulang tahun kelahiran.. maaf saya rasa saya tak bisa meneruskan kerinduan ini.. maaf saya mungkin bukan yang terbaik dan maaf saya tak mungkin bisa meneruskan perjanjian dulu…”
Published by Perindu in Coretan| Add a comment
Friday, January 19, 2007 at 15:41:43
Salam awal tahun baru. Ah seawal tahun yang menjelma seindah hari yang mendatangi.. hidup ini indah bukan biarpun terkadang diseliti dengan masalah tapi itulah uniknya hidup.
Rintik hujan membasahi bumi berdiri dalam hujan tenyata bukan kedinginan yang menyelubungi diri namun kehangatan wujud tanpa disedari. Tertanya insan yang melihat mengapa kehangatan wujud dan bukannya dingin? Bukankah air itu sifatnya dingin? Jawab saya kerna biarpun ia bersifat dingin namun keikhlasannya membasahi bumi penuh kehangatan. Ya kehangatan tulus demi sebuah kehidupan.
Saya teringat bicara saya sebelum ini, kata orang biarlah teman tapi mesra. Kata saya kenapa tak dibiarkan kemesraan itu melebihi batas nya? Kenapa harus disekat keinginan hati? Kenapa mesti diseksa diri? Andai wujudnya sesuatu melebihi persahabatan kenapa mesti ia dicantas sebelum bertunas? Kenapa ia tak dibajai menjadi sesuatu yang bermakna? Ah saya sekadar berbicara, tiada perlu spekulasi atau sebarang andaian wujud ;) .
Kata seseorang kalau nak tahu tentang mesra tanyalah mini mesra di petronas, ah saya tidak pasti mereka ada jawabannya tapi tak salah bertanya bukan? Err ada sesiapa yang ingin mencuba? Ada juga yang bertanya kenapa saya sering memberi jawaban kepada soalan dengan pertanyaan? Kenapa eh hihi bukankah hidup adalah memberi dan menerima, jadi dengan menjawab soalan dengan soalan saya menerima sambil memberi. Hihihi jangan marah ya terkadang hakikat tersembunyi dalam terang, lihatlah sekeliling jawaban ada seperti mana cinta yang bertaburan dibumi ini.
Setiap kejadian ada hikmahnya, lihatlah dedaunan kering yang bertaburan di muka bumi… ia bukan sampah tapi makanan dan perlindungan kepada makhluk lain. Jadi kenapa mesti kita gusar andai cinta sekadar melewati. Gembiralah sungguh ia menyakitkan kerna bukan hak kita namun kita bertuah menikmati nikmat cinta biarpun ia sekadar sementara. Moga kerinduan kan bertemu akhirnya….
Terkadang cinta wujud tanpa kita sedari.. andai ia berlaku bersyukurlah.. namun andai ia berlalu jangan disalahkan takdir… cinta itu indah, hidup itu indah, islam itu sejahtera. Salam kasih sayang, salam kerinduan, salam kecintaan buat semua tak kira dimana sahaja anda berada. Sungguh kita berhak merindui sesiapa yang kita ingini. Memberi tak semestinya dibalas… bukan?
Redup mentari pagi, aku tertanya dalam diam dimana matahari yang menerangi kegelapan hidupku?
Published by Perindu in Coretan| Add a comment