Feed on
Posts

Itu Kata Orang

Kata orang saya seorang yang misteri, seorang yang pelik, seorang yang sukar diramal perasaan dan kelakuan. Ada juga yang berkata saya seorang perfect melancholy. benarkah?! Entahlah itu kata orang, sejujurnya saya hanya Insan Biasa cuma mungkin cara dan pemikiran saya seringkali berbeda dengan orang lain.

Ketika orang memandang kehadapan mungkin saya sedang menoleh kebelakang. ketika orang tertawa mungkin saya berdiam diri. Ini adalah kebiasaan bagi saya semenjak kecil. Pada saya setiap orang ada personaliti ada tingkahlaku tersendiri. Asalkan ia tidak bertentangan dengan hukum cukuplah ;) .

Sebenarnya saya keletihan. Semalaman saya tak tidur memikirkan soal server dan domain yang ada masalah. Saya pasti dia akan marah dan dalam keadaan ini seringkali saya berdiam. Saya tahu satu hari nanti pasti dia akan memahami biar lah masa yang menjawabnya kerna saya terlalu letih tuk memberi jawaban yang akan dikatakan sekadar alasan?!

Tadi saya membaca e-mail dan terbaca kisah teman saya yang sama belajar di KL suatu masa dahulu. Argh cepatnya masa berlalu dan kini dia sedang bersiap sedia tuk menamatkan zaman bujang? Ah nampaknya ramai rakan dan kenalan saya yang telah bernikah. Ah jangan ditanya soalan ini kepada saya! Sungguh saya tak akan menjawabnya ;).

Suasana saat ini mendung ya? Hati saya juga begitu….

Luka Lalu

Sesekali hati diguris kenangan lalu. PEDIH!! Namun ia mendewasakanku, sungguh tanpa ia tak mungkin aku menjadi seorang aku.

Kata orang kalau dilukai, lambat laun ia akan pulih. BENAR!!! Ia akan pulih namun akan tinggalkan parut, yang mana kesannya terlihat sepanjang hayat. Baik atau buruk kita yang tentukan, bagaimana cara tuk atasi dan melihat cara penyelesaiannya bukan mencari salah siapa.

Andai ada cinta dihati lafazkan ia jangan terlalu ego kerana mungkin anda akan kehilangan cinta itu tuk selamanya!!! Dan seandainya anda mencintai seseorang jangan lah menaruh harapan pada insan yang lain. SUNGGUH!!! ia adalah tidak adil masakan bisa anda mencintai seseorang sedangkan pada masa yang sama anda menaruh harapan pada yang lain.

Tahun lalu seringkali saya terdiam dan tersenyum sahaja saat ditanya bilakah masa saya kan berdua kerana saya tiada jawaban dan saya masih menanti sebuah kepastian. Namun tahun ini mungkin saya akan kata tunggu 2-3 tahun nanti mungkin akan jadi kenyataan, mungkin ada mungkin tidak kerja tuhan siapa yang tahu. Kerana saya telah lelah menanti dan menghabiskan waktu sebagai seorang perindu. Tidak saya tidak membenci cinta tidak juga membenci rindu cuma saya terlalu letih. Amat letih!!!

Semoga anda temui cinta yang anda cari dalam diri sendiri dan menjadikan cinta itu sebagai kenyataan bukan sekadar ilusi mainan perasaan.

Salam kerinduan salam kasih sayang dari ku untuk semua….. semoga 2007 menjanjikan keindahan bukan sekadar kenangan terindah tapi kenyataan terindah.

Top of Page