Feed on
Posts

Bicara buat bangsaku

Sesekali kenangan lama menerjah kotak minda saya.. masih terbayang diminda saya waktu anak anak kecil dahulu.. berlarian , bermain dan bergembira tanpa ada sebarang masalah yang mengganggu..

Indah bukan dunia anak anak kecil itu… kadangkala hati kecil ini tercuit bila melihat keletah anak sekarang. Ah mereka sudah terlalu maju kehadapan, barangkali berkat susu dari ibu angkat mereka yang seramai 3 juta di new zealand itu? Entah lah saya sekadar meneka…

Kalau dahulu kita main masak masak kemudian pura pura jadi ibu bapa, orang melayu sekarang kata happy family ( entah apa lah melayu sekarang ni bahasa melayu pun segan nak guna ) berbalik pada anak anak sekarang baru kecil lagi sudah handal buat anak, isk isk nak salah siapa pun tak tahu lah tu.

Bila ditegur nanti kata lu siapa gua siapa ( kalau ikut hati muda saya nak sahaja saya terajang biar mati kalau mak bapak dia tanya nanti boleh jawab lu siapa gua siapa ) hihi tapi itulah dia bila IQ dititik berat kan dan EQ di abaikan.. bila mana manusia berkiblatkan dunia pasti nanti hidup nya pun celaru..

Saya masih ingat waktu dulu dulu, sebelum belajar ilmu dunia ( dulu ilmu dunia ni lebih tertumpu pada persilatan ) mereka menggalakkan anak muda itu mendalami ilmu akhirat atau alquran, kerna hidup tanpa akidah dan pegangan ibarat teratai di tasik madu ( pinjam tajuk lagu kejap ) indah nya hanya di luaran namun akarnay tak pernah jejak kedasar. Kalau waktu dulu lepas musim menuai mereka bermain qasidah, berzanji dan bergurindam tapi tak lah macam sekarang ni asyik dengan hiburan Akademi F***sia, Malaysian I***, apa lagi eh maaf lah saya ni orang lama jadi tak terikut perkembangan semasa ( kalau itu dinamakan kemajuan saya rela tinggal dibendang menuai padi ) tapi itu lah melayu kita khususnya dibumi malaya yang tercinta. Terlalu asyik dengan hiburan hinggakan nak baca kitab pusaka terpaksa ditubuhkan akademi. Ah kasihannya bangsa ku. Nampaknya kalau begini lah gayanya tidak mustahil sejarah lama kan berulang tapi bedanya kalau 400 tahun dahulu bangsa kita dikhianati oleh bangsa asing namun kali ini bangsa kita akan musnah kerana bangsa sendiri. Ah saya bukan laksamana tuah yang terlalu setia hinggakan batil dituruti, ah dan saya jua bukan laksamana jebat yang mengikut perasaan saya, saya hanya insan biasa meluah apa yang dirasai .

Ah sampai sini sahaja hari ini, maaf lah kalau bicara saya kali ini terlalu keras dan kepada pak menteri atau mereka yang berkenaan maaf saya menegur ikhlas tak perlu lah disita laman saya ini.. cuma saya kasihan melihat bangsa saya.. amat kasihan.

Salam dari kejauhan…

Warkah Buat Kekasih

Warkah buat kekasih

Kerana aku kekasih
dan engkau yang aku kasih
maka ku cipta bait bait indah
buat engkau wahai kekasih

Kerana aku kekasih
dan engkau yang aku kasih
ku cipta lagu rindu buat mu
biarpun mungkin sekadar berkumandang dijiwaku

Kerana aku kekasih
dan engkau yang aku kasih
ku cipta taman puisi semerbak mewangi
agar angin meniup cinta ku pada mu

kerana aku kekasih
engkau insan yang aku kasih
ku mahu engkau mengerti
yang cinta ku tak pernah berbelah bagi

KERANA ENGKAU KEKASIH

Bisik angin mendayu dayu mengalun irama rindu perlahan ku buka mata namun kehampaan menerjah jiwa terkadang apa yang terlihat tak semestinya indah yang terdengar tak semestinya penuh ceria…

Baru baru ini saya keletihan amat sangat, entah kenapa saya ingin selesaikan segala permasalahan yang menghantui saya dan jua segala janji yang terlaksana.. entah kenapa terkadang saya rasa keletihan ini mungkin akan bertemu titik noktah!

Saat ini hati saya masih lagi tidak tenteram, barangkali jiwa masih kacau bilau lantaran terlalu banyak perkara yang berlaku. Adakalanya saya ingin berputus asa, sungguh terkadang saya tak tega menjadi seorang PERINDU! Namun melarikan diri dari kerinduan bukan lah perkara yang bijak lambat laun pasti dan pasti ia akan datang mungkin membawa sejuta kekesalan…

“Dimana kekasih yang pernah menjanjikan sejuta kata? Dimana kasih yang pernah diberi? Dimana cinta yang pernah meragut kewarasanku?!”

*nota : Buat awak.. selamat ulang tahun kelahiran.. maaf saya rasa saya tak bisa meneruskan kerinduan ini.. maaf saya mungkin bukan yang terbaik dan maaf saya tak mungkin bisa meneruskan perjanjian dulu…”

Teman Tapi Mesra

Salam awal tahun baru. Ah seawal tahun yang menjelma seindah hari yang mendatangi.. hidup ini indah bukan biarpun terkadang diseliti dengan masalah tapi itulah uniknya hidup.

Rintik hujan membasahi bumi berdiri dalam hujan tenyata bukan kedinginan yang menyelubungi diri namun kehangatan wujud tanpa disedari. Tertanya insan yang melihat mengapa kehangatan wujud dan bukannya dingin? Bukankah air itu sifatnya dingin? Jawab saya kerna biarpun ia bersifat dingin namun keikhlasannya membasahi bumi penuh kehangatan. Ya kehangatan tulus demi sebuah kehidupan.

Saya teringat bicara saya sebelum ini, kata orang biarlah teman tapi mesra. Kata saya kenapa tak dibiarkan kemesraan itu melebihi batas nya? Kenapa harus disekat keinginan hati? Kenapa mesti diseksa diri? Andai wujudnya sesuatu melebihi persahabatan kenapa mesti ia dicantas sebelum bertunas? Kenapa ia tak dibajai menjadi sesuatu yang bermakna? Ah saya sekadar berbicara, tiada perlu spekulasi atau sebarang andaian wujud ;) .

Kata seseorang kalau nak tahu tentang mesra tanyalah mini mesra di petronas, ah saya tidak pasti mereka ada jawabannya tapi tak salah bertanya bukan? Err ada sesiapa yang ingin mencuba? Ada juga yang bertanya kenapa saya sering memberi jawaban kepada soalan dengan pertanyaan? Kenapa eh hihi bukankah hidup adalah memberi dan menerima, jadi dengan menjawab soalan dengan soalan saya menerima sambil memberi. Hihihi jangan marah ya terkadang hakikat tersembunyi dalam terang, lihatlah sekeliling jawaban ada seperti mana cinta yang bertaburan dibumi ini.

Setiap kejadian ada hikmahnya, lihatlah dedaunan kering yang bertaburan di muka bumi… ia bukan sampah tapi makanan dan perlindungan kepada makhluk lain. Jadi kenapa mesti kita gusar andai cinta sekadar melewati. Gembiralah sungguh ia menyakitkan kerna bukan hak kita namun kita bertuah menikmati nikmat cinta biarpun ia sekadar sementara. Moga kerinduan kan bertemu akhirnya….

Terkadang cinta wujud tanpa kita sedari.. andai ia berlaku bersyukurlah.. namun andai ia berlalu jangan disalahkan takdir… cinta itu indah, hidup itu indah, islam itu sejahtera. Salam kasih sayang, salam kerinduan, salam kecintaan buat semua tak kira dimana sahaja anda berada. Sungguh kita berhak merindui sesiapa yang kita ingini. Memberi tak semestinya dibalas… bukan?

Redup mentari pagi, aku tertanya dalam diam dimana matahari yang menerangi kegelapan hidupku?

Awan Mendung Bilakan Berlalu

Salam buat semua teman yang mengenali.. Maaf andai ada kesalahan yang wujud tanpa disedari… Terima kasih buat yang menghantar sms dan menghantar pesanan di YM saya. Bukan niat tuk menghilangkan diri tapi kesibukan mencuri setiap detik saya ditambah dengan keadaan saya yang kurang sehat .. walau bagaimana pun saya menghargai prihatin semua. terima kasih tak terhingga dari saya …

Dalam kehidupan ini tiada insan yang lari dari masalah samaada kecil atau besar. Namun ramai orang tersilap menyelesaikannya ramai yang memikirkan isu yang diakibatkan oleh masalah bukan mencari jalan penyelesaiannya. Ramai juga yang mengambil jalan mudah dengan melupakannya atau melarikan diri namun tak ada yang akan mampu melupakan masalah mahupun melarikan diri, lambat laun ia akan kembali…

Roda kehidupan akan terus berputar dan masa akan terus berlalu tanpa menunggu kita. Mahu atau pun tidak kehidupan mesti diteruskan. Sungguh terkadang kebenaran tersirat kepahitan namun biar mana pahit pun biarlah ia menjadi pengajaran daripada dibuai terus dalam kemanisan khayalan yang tak mungkin jadi kenyataan. Ini adalah kebenaran yang mesti dihadapi… walau apa pun hidup ini indah bukan?!

Baru baru ini pc saya sakit! Ah ternyata dia mengikut jejak langkah tuan dia hihi. Nampaknya saya terpaksa mengatur perbelanjaan semula, adesh peningnya ah nampaknya saya terpaksa menyiapkan laman web secepat mungkin kerana monitor dan cdrom saya tak berfungsi. ouch pandai sungguh pc ini memilih waktu tuk sakit.. nampaknya saya terpaksa menunda segala aktiviti gathering atau pun aktiviti menggunakan duit… err tolak belanja komik? arghhh tidak satu mimpi yang ngeri

Semalam saya berbicara dengan kakak angkat saya di IRC. Kata beliau ada orang yang menyamar nick Perindu dan mengaku portal perindu adalah ciptaan dia. Wah ini satu perkembangan yang sungguh tak sedap. Ternyata ramai sungguh insan gersang yang tak punya identiti sendiri. Jadi saya pun upload gambar saya yang tak seberapa di laman ini. Argh blush.. Embarassed Terima kasih kepada zuril yang rajin edit dan letak kata kata yang menarik di gambar itu Suka dengan kata kata itu Smile .. Jadi saya harap sebarang kekeliruan tidak wujud lagi.. dan yang pasti saya jarang masuk di irc lagi dan #Perindu adalah dibawah jagaan kakak angkat saya. Jadi kepada mereka yang mengaku perindu tu cubalah jadi diri sendiri eh tak malu ke atau tiadakah maruah diri ?

Ah sampai disini sahaja.. terlalu banyak bicara terlalu banyak cela terlihat. Salam kerinduan salam kecintaan salam kasih sayang buat semua teman yang terlihat mahupun tidak.. Moga kerinduaan anda kan bertemu.

Kadangkala persahabatan memungkinkan wujudnya kasih sayang yang melebihi kasih sayang seorang sahabat.. Andai ia berlaku… Apakah jawaban yang diberi?

Bila

Bila terkadang kita terpaksa melakukan sesuatu tanpa kemahuan kita adalah kerana ia terpaksa ataupun kita sekadar berpura pura? Ada waktunya kita terpaksa biarpun tanpa kerelaan karena itu sahaja jalan yang ada untuk kita.
Bila saya susuri semula jalanan hidup saya, tanpa saya sedari sudah lebih 1  dekad saya menghuni alam maya ini. Bermula dari pertengahan 90 an lagi. Pelbagai jenis manusia yang saya temui. Ada yang menjadikan alam maya ini sebagai pentas “escapism” dari dunia realiti. Ada juga yang menjadikan ia tempat untuk menunjukkan kepandaian atau menyalahgunakan ilmu pengetahuan. Ada juga yang menjadikan ia sebagai tempat mencari jodoh..
Ah bercerita pasal jodoh diinternet, kakak saya juga menemui jodohnya di irc, benar kata orang yang terdahulu soal jodoh urusan tuhan, asam digunung ikan dilautan bertemu didalam kuali jua. Oh ya coretan saya kali ini bukan soal jodoh saya, buat masa ini saya ingin meladeni hari hari sendirian, mungkin ada yang saya rindui tanpa mereka ketahui Embarassed . Saya pernah ditanya satu tika dahulu, sejauh mana keikhlasan dan kejujuran boleh dipercayai di alam maya ini. Pada saya ia bergantung kepada individu itu dan niat seseorang itu. Cuma berhati hati sahaja, terkadang indah khabar dari rupa.  Sebenarnya tiada beda antara alam maya dan alam realiti ini bukan? Saling bertemu saling berbicara, mungkin jarang bersua muka. Namun pendapat seiring dan mungkin jua hati sejiwa.
Sejujurnya saya jarang bertemu dengan rakan dialam maya, mungkin karena rasa rendah diri, mungkin jua karena identiti MISTERI, ah mungkin juga karena alasan saya yang tersendiri. Walau apa pun alasan saya, saya tetap menghargai teman di alam maya ini, karena pada saya mereka bukan sekadar “nickname” tapi insan seperti saya punya hati dan jua perasaan. Tertanya didalam hati ini.. adakah insan diluar sana yang ingin bertemu saya? hihihi
Semalaman saya masih tak mampu tidur lena, terlalu banyak urusan yang ingin saya selesaikan, termasuk urusan domain dan jua hosting, tidak terlupa jua laman hello bebeh ini. Kadangkala saya berharap yang satu hari ada 48 jam hihihi. Walau apa pun saya harap saya mampu melakukan segalanya dan menyiapkan ia sebelum terlewat…
Ah saya dah dapat duit claim. Aisey gaji kena tolak lagi hihihi. Sedihnya, walau apa pun kita harus bersyukur dan belajar menerima segalanya. Kata ayah saya gaji saya tak setimpal dengan ilmu yang saya miliki. Erm entahlah cuma saya teringat kata nenda setiap satu ada tempatnya, rezeki tuhan ada dimana mana tidak perlu terlalu tamakkan dunia, pasti ia tak akan pernah mencukupi. Sebagai pewaris tunggal, terlalu banyak tanggungjawab yang diamanah, Ah saya bukan ingin mengeluh tapi mungkin akhir akhir ini baru saya sedari kewujudan ia. Walau apapun hidup mesti diteruskan dan hadapilah ia dengan senyuman.. Kata nenda kalau ingin berbuat sesuatu buatlah yang terbaik, kalau ingin memberi sesuatu kepada orang lain, berilah yang terbaik.. Ah kalau dulu saya sedari pesan nenda… 
Ah hari ini mentari bersinar lembut… tapi hati saya sunyi sekali…

Top of Page