Feed on
Posts

Awan Mendung Bilakan Berlalu

Salam buat semua teman yang mengenali.. Maaf andai ada kesalahan yang wujud tanpa disedari… Terima kasih buat yang menghantar sms dan menghantar pesanan di YM saya. Bukan niat tuk menghilangkan diri tapi kesibukan mencuri setiap detik saya ditambah dengan keadaan saya yang kurang sehat .. walau bagaimana pun saya menghargai prihatin semua. terima kasih tak terhingga dari saya …

Dalam kehidupan ini tiada insan yang lari dari masalah samaada kecil atau besar. Namun ramai orang tersilap menyelesaikannya ramai yang memikirkan isu yang diakibatkan oleh masalah bukan mencari jalan penyelesaiannya. Ramai juga yang mengambil jalan mudah dengan melupakannya atau melarikan diri namun tak ada yang akan mampu melupakan masalah mahupun melarikan diri, lambat laun ia akan kembali…

Roda kehidupan akan terus berputar dan masa akan terus berlalu tanpa menunggu kita. Mahu atau pun tidak kehidupan mesti diteruskan. Sungguh terkadang kebenaran tersirat kepahitan namun biar mana pahit pun biarlah ia menjadi pengajaran daripada dibuai terus dalam kemanisan khayalan yang tak mungkin jadi kenyataan. Ini adalah kebenaran yang mesti dihadapi… walau apa pun hidup ini indah bukan?!

Baru baru ini pc saya sakit! Ah ternyata dia mengikut jejak langkah tuan dia hihi. Nampaknya saya terpaksa mengatur perbelanjaan semula, adesh peningnya ah nampaknya saya terpaksa menyiapkan laman web secepat mungkin kerana monitor dan cdrom saya tak berfungsi. ouch pandai sungguh pc ini memilih waktu tuk sakit.. nampaknya saya terpaksa menunda segala aktiviti gathering atau pun aktiviti menggunakan duit… err tolak belanja komik? arghhh tidak satu mimpi yang ngeri

Semalam saya berbicara dengan kakak angkat saya di IRC. Kata beliau ada orang yang menyamar nick Perindu dan mengaku portal perindu adalah ciptaan dia. Wah ini satu perkembangan yang sungguh tak sedap. Ternyata ramai sungguh insan gersang yang tak punya identiti sendiri. Jadi saya pun upload gambar saya yang tak seberapa di laman ini. Argh blush.. Embarassed Terima kasih kepada zuril yang rajin edit dan letak kata kata yang menarik di gambar itu Suka dengan kata kata itu Smile .. Jadi saya harap sebarang kekeliruan tidak wujud lagi.. dan yang pasti saya jarang masuk di irc lagi dan #Perindu adalah dibawah jagaan kakak angkat saya. Jadi kepada mereka yang mengaku perindu tu cubalah jadi diri sendiri eh tak malu ke atau tiadakah maruah diri ?

Ah sampai disini sahaja.. terlalu banyak bicara terlalu banyak cela terlihat. Salam kerinduan salam kecintaan salam kasih sayang buat semua teman yang terlihat mahupun tidak.. Moga kerinduaan anda kan bertemu.

Kadangkala persahabatan memungkinkan wujudnya kasih sayang yang melebihi kasih sayang seorang sahabat.. Andai ia berlaku… Apakah jawaban yang diberi?

Add comment

Fill out the form below to add your own comments