Friday, January 19, 2007 at 15:41:43
Salam awal tahun baru. Ah seawal tahun yang menjelma seindah hari yang mendatangi.. hidup ini indah bukan biarpun terkadang diseliti dengan masalah tapi itulah uniknya hidup.
Rintik hujan membasahi bumi berdiri dalam hujan tenyata bukan kedinginan yang menyelubungi diri namun kehangatan wujud tanpa disedari. Tertanya insan yang melihat mengapa kehangatan wujud dan bukannya dingin? Bukankah air itu sifatnya dingin? Jawab saya kerna biarpun ia bersifat dingin namun keikhlasannya membasahi bumi penuh kehangatan. Ya kehangatan tulus demi sebuah kehidupan.
Saya teringat bicara saya sebelum ini, kata orang biarlah teman tapi mesra. Kata saya kenapa tak dibiarkan kemesraan itu melebihi batas nya? Kenapa harus disekat keinginan hati? Kenapa mesti diseksa diri? Andai wujudnya sesuatu melebihi persahabatan kenapa mesti ia dicantas sebelum bertunas? Kenapa ia tak dibajai menjadi sesuatu yang bermakna? Ah saya sekadar berbicara, tiada perlu spekulasi atau sebarang andaian wujud ;) .
Kata seseorang kalau nak tahu tentang mesra tanyalah mini mesra di petronas, ah saya tidak pasti mereka ada jawabannya tapi tak salah bertanya bukan? Err ada sesiapa yang ingin mencuba? Ada juga yang bertanya kenapa saya sering memberi jawaban kepada soalan dengan pertanyaan? Kenapa eh hihi bukankah hidup adalah memberi dan menerima, jadi dengan menjawab soalan dengan soalan saya menerima sambil memberi. Hihihi jangan marah ya terkadang hakikat tersembunyi dalam terang, lihatlah sekeliling jawaban ada seperti mana cinta yang bertaburan dibumi ini.
Setiap kejadian ada hikmahnya, lihatlah dedaunan kering yang bertaburan di muka bumi… ia bukan sampah tapi makanan dan perlindungan kepada makhluk lain. Jadi kenapa mesti kita gusar andai cinta sekadar melewati. Gembiralah sungguh ia menyakitkan kerna bukan hak kita namun kita bertuah menikmati nikmat cinta biarpun ia sekadar sementara. Moga kerinduan kan bertemu akhirnya….
Terkadang cinta wujud tanpa kita sedari.. andai ia berlaku bersyukurlah.. namun andai ia berlalu jangan disalahkan takdir… cinta itu indah, hidup itu indah, islam itu sejahtera. Salam kasih sayang, salam kerinduan, salam kecintaan buat semua tak kira dimana sahaja anda berada. Sungguh kita berhak merindui sesiapa yang kita ingini. Memberi tak semestinya dibalas… bukan?
Redup mentari pagi, aku tertanya dalam diam dimana matahari yang menerangi kegelapan hidupku?
Published by Perindu in Coretan| Add a comment
Thursday, January 18, 2007 at 20:07:06
Salam buat semua teman yang mengenali.. Maaf andai ada kesalahan yang wujud tanpa disedari… Terima kasih buat yang menghantar sms dan menghantar pesanan di YM saya. Bukan niat tuk menghilangkan diri tapi kesibukan mencuri setiap detik saya ditambah dengan keadaan saya yang kurang sehat .. walau bagaimana pun saya menghargai prihatin semua. terima kasih tak terhingga dari saya …
Dalam kehidupan ini tiada insan yang lari dari masalah samaada kecil atau besar. Namun ramai orang tersilap menyelesaikannya ramai yang memikirkan isu yang diakibatkan oleh masalah bukan mencari jalan penyelesaiannya. Ramai juga yang mengambil jalan mudah dengan melupakannya atau melarikan diri namun tak ada yang akan mampu melupakan masalah mahupun melarikan diri, lambat laun ia akan kembali…
Roda kehidupan akan terus berputar dan masa akan terus berlalu tanpa menunggu kita. Mahu atau pun tidak kehidupan mesti diteruskan. Sungguh terkadang kebenaran tersirat kepahitan namun biar mana pahit pun biarlah ia menjadi pengajaran daripada dibuai terus dalam kemanisan khayalan yang tak mungkin jadi kenyataan. Ini adalah kebenaran yang mesti dihadapi… walau apa pun hidup ini indah bukan?!
Baru baru ini pc saya sakit! Ah ternyata dia mengikut jejak langkah tuan dia hihi. Nampaknya saya terpaksa mengatur perbelanjaan semula, adesh peningnya ah nampaknya saya terpaksa menyiapkan laman web secepat mungkin kerana monitor dan cdrom saya tak berfungsi. ouch pandai sungguh pc ini memilih waktu tuk sakit.. nampaknya saya terpaksa menunda segala aktiviti gathering atau pun aktiviti menggunakan duit… err tolak belanja komik? arghhh tidak satu mimpi yang ngeri
Semalam saya berbicara dengan kakak angkat saya di IRC. Kata beliau ada orang yang menyamar nick Perindu dan mengaku portal perindu adalah ciptaan dia. Wah ini satu perkembangan yang sungguh tak sedap. Ternyata ramai sungguh insan gersang yang tak punya identiti sendiri. Jadi saya pun upload gambar saya yang tak seberapa di laman ini. Argh blush.. Embarassed Terima kasih kepada zuril yang rajin edit dan letak kata kata yang menarik di gambar itu Suka dengan kata kata itu Smile .. Jadi saya harap sebarang kekeliruan tidak wujud lagi.. dan yang pasti saya jarang masuk di irc lagi dan #Perindu adalah dibawah jagaan kakak angkat saya. Jadi kepada mereka yang mengaku perindu tu cubalah jadi diri sendiri eh tak malu ke atau tiadakah maruah diri ?
Ah sampai disini sahaja.. terlalu banyak bicara terlalu banyak cela terlihat. Salam kerinduan salam kecintaan salam kasih sayang buat semua teman yang terlihat mahupun tidak.. Moga kerinduaan anda kan bertemu.
Kadangkala persahabatan memungkinkan wujudnya kasih sayang yang melebihi kasih sayang seorang sahabat.. Andai ia berlaku… Apakah jawaban yang diberi?
Published by Perindu in Coretan| Add a comment
Monday, January 8, 2007 at 13:14:08
Bila terkadang kita terpaksa melakukan sesuatu tanpa kemahuan kita adalah kerana ia terpaksa ataupun kita sekadar berpura pura? Ada waktunya kita terpaksa biarpun tanpa kerelaan karena itu sahaja jalan yang ada untuk kita.
Bila saya susuri semula jalanan hidup saya, tanpa saya sedari sudah lebih 1 dekad saya menghuni alam maya ini. Bermula dari pertengahan 90 an lagi. Pelbagai jenis manusia yang saya temui. Ada yang menjadikan alam maya ini sebagai pentas “escapism” dari dunia realiti. Ada juga yang menjadikan ia tempat untuk menunjukkan kepandaian atau menyalahgunakan ilmu pengetahuan. Ada juga yang menjadikan ia sebagai tempat mencari jodoh..
Ah bercerita pasal jodoh diinternet, kakak saya juga menemui jodohnya di irc, benar kata orang yang terdahulu soal jodoh urusan tuhan, asam digunung ikan dilautan bertemu didalam kuali jua. Oh ya coretan saya kali ini bukan soal jodoh saya, buat masa ini saya ingin meladeni hari hari sendirian, mungkin ada yang saya rindui tanpa mereka ketahui Embarassed . Saya pernah ditanya satu tika dahulu, sejauh mana keikhlasan dan kejujuran boleh dipercayai di alam maya ini. Pada saya ia bergantung kepada individu itu dan niat seseorang itu. Cuma berhati hati sahaja, terkadang indah khabar dari rupa. Sebenarnya tiada beda antara alam maya dan alam realiti ini bukan? Saling bertemu saling berbicara, mungkin jarang bersua muka. Namun pendapat seiring dan mungkin jua hati sejiwa.
Sejujurnya saya jarang bertemu dengan rakan dialam maya, mungkin karena rasa rendah diri, mungkin jua karena identiti MISTERI, ah mungkin juga karena alasan saya yang tersendiri. Walau apa pun alasan saya, saya tetap menghargai teman di alam maya ini, karena pada saya mereka bukan sekadar “nickname” tapi insan seperti saya punya hati dan jua perasaan. Tertanya didalam hati ini.. adakah insan diluar sana yang ingin bertemu saya? hihihi
Semalaman saya masih tak mampu tidur lena, terlalu banyak urusan yang ingin saya selesaikan, termasuk urusan domain dan jua hosting, tidak terlupa jua laman hello bebeh ini. Kadangkala saya berharap yang satu hari ada 48 jam hihihi. Walau apa pun saya harap saya mampu melakukan segalanya dan menyiapkan ia sebelum terlewat…
Ah saya dah dapat duit claim. Aisey gaji kena tolak lagi hihihi. Sedihnya, walau apa pun kita harus bersyukur dan belajar menerima segalanya. Kata ayah saya gaji saya tak setimpal dengan ilmu yang saya miliki. Erm entahlah cuma saya teringat kata nenda setiap satu ada tempatnya, rezeki tuhan ada dimana mana tidak perlu terlalu tamakkan dunia, pasti ia tak akan pernah mencukupi. Sebagai pewaris tunggal, terlalu banyak tanggungjawab yang diamanah, Ah saya bukan ingin mengeluh tapi mungkin akhir akhir ini baru saya sedari kewujudan ia. Walau apapun hidup mesti diteruskan dan hadapilah ia dengan senyuman.. Kata nenda kalau ingin berbuat sesuatu buatlah yang terbaik, kalau ingin memberi sesuatu kepada orang lain, berilah yang terbaik.. Ah kalau dulu saya sedari pesan nenda…
Ah hari ini mentari bersinar lembut… tapi hati saya sunyi sekali…
Published by Perindu in Coretan| Add a comment
Saturday, January 6, 2007 at 10:54:45
Kata orang saya seorang yang misteri, seorang yang pelik, seorang yang sukar diramal perasaan dan kelakuan. Ada juga yang berkata saya seorang perfect melancholy. benarkah?! Entahlah itu kata orang, sejujurnya saya hanya Insan Biasa cuma mungkin cara dan pemikiran saya seringkali berbeda dengan orang lain.
Ketika orang memandang kehadapan mungkin saya sedang menoleh kebelakang. ketika orang tertawa mungkin saya berdiam diri. Ini adalah kebiasaan bagi saya semenjak kecil. Pada saya setiap orang ada personaliti ada tingkahlaku tersendiri. Asalkan ia tidak bertentangan dengan hukum cukuplah ;) .
Sebenarnya saya keletihan. Semalaman saya tak tidur memikirkan soal server dan domain yang ada masalah. Saya pasti dia akan marah dan dalam keadaan ini seringkali saya berdiam. Saya tahu satu hari nanti pasti dia akan memahami biar lah masa yang menjawabnya kerna saya terlalu letih tuk memberi jawaban yang akan dikatakan sekadar alasan?!
Tadi saya membaca e-mail dan terbaca kisah teman saya yang sama belajar di KL suatu masa dahulu. Argh cepatnya masa berlalu dan kini dia sedang bersiap sedia tuk menamatkan zaman bujang? Ah nampaknya ramai rakan dan kenalan saya yang telah bernikah. Ah jangan ditanya soalan ini kepada saya! Sungguh saya tak akan menjawabnya ;).
Suasana saat ini mendung ya? Hati saya juga begitu….
Published by Perindu in Coretan| Add a comment
Friday, January 5, 2007 at 10:21:49
Sesekali hati diguris kenangan lalu. PEDIH!! Namun ia mendewasakanku, sungguh tanpa ia tak mungkin aku menjadi seorang aku.
Kata orang kalau dilukai, lambat laun ia akan pulih. BENAR!!! Ia akan pulih namun akan tinggalkan parut, yang mana kesannya terlihat sepanjang hayat. Baik atau buruk kita yang tentukan, bagaimana cara tuk atasi dan melihat cara penyelesaiannya bukan mencari salah siapa.
Andai ada cinta dihati lafazkan ia jangan terlalu ego kerana mungkin anda akan kehilangan cinta itu tuk selamanya!!! Dan seandainya anda mencintai seseorang jangan lah menaruh harapan pada insan yang lain. SUNGGUH!!! ia adalah tidak adil masakan bisa anda mencintai seseorang sedangkan pada masa yang sama anda menaruh harapan pada yang lain.
Tahun lalu seringkali saya terdiam dan tersenyum sahaja saat ditanya bilakah masa saya kan berdua kerana saya tiada jawaban dan saya masih menanti sebuah kepastian. Namun tahun ini mungkin saya akan kata tunggu 2-3 tahun nanti mungkin akan jadi kenyataan, mungkin ada mungkin tidak kerja tuhan siapa yang tahu. Kerana saya telah lelah menanti dan menghabiskan waktu sebagai seorang perindu. Tidak saya tidak membenci cinta tidak juga membenci rindu cuma saya terlalu letih. Amat letih!!!
Semoga anda temui cinta yang anda cari dalam diri sendiri dan menjadikan cinta itu sebagai kenyataan bukan sekadar ilusi mainan perasaan.
Salam kerinduan salam kasih sayang dari ku untuk semua….. semoga 2007 menjanjikan keindahan bukan sekadar kenangan terindah tapi kenyataan terindah.
Published by Perindu in Coretan| Add a comment