Feed on
Posts

Aku dan madah

“… yang mana satu diriku yang dikau kenali?”

Ramai yang tersalah sangka
ramai yang masih menduga
ramai lagi yang masih menyangka
luahan ku hanya sandiwara

Tiada yang cuba mengerti
tiada yang cuba memahami
apa yang tersirat dihati
apa yang bermain disanubari

Memang ramai yang mengenali
tapi sayang ia masih tak cukup lagi
tuk membuka rahsia hati ini
yang masih terkunci rapi

Aku yang sentiasa sunyi
yang sentiasa dalam sepi
biarpun hari berganti hari
biarpun musim bertukar ganti

JANGAN kau cuba mendekati
jika sekadar ingin menguji
jika sekadar ingin mengetahui
apa yang bermain dihati

JANGAN kau cuba selami
jika kau tak melengkapi diri
jika kau tak bersungguh hati
kerna ia akan menambah salah sangka lagi

Kenalilah lah dirimu dahulu
sebelum diriku ingin kau temu
sebelum kau bisa mendengar lagu
yang sentiasa beralun dikalbuku

BUKAN mudah tuk kau halusi
BUKAN mudah tuk kau selami
BUKAN mudah tuk kau dekati
BUKAN mudah tuk kau miliki

Biarpun bertahun mengenali
diriku yang hidup dalam misteri
yang sentiasa mencipta teka teki
hanya terbongkar pabila dilihat dengan mata hati

JANGAN kau menuduh lagi
JANGAN kau mencaci lagi
JANGAN kau menghina lagi
JANGAN kau memarahi ku lagi

Kerana aku bukan seperti yang engkau fikirkan
kerana aku bukan seperti yang mereka fikirkan
kerana aku tetap aku biar pun masa berlalu
dan mereka tetap mereka biarpun masa berlalu

Biarkan aku sendiri
jika aku tak mampu kau fahami
jika aku kata ku tak kau senangi
kerana kau hanya mampu mengenali….

KERANA aku kan tetap MISTERI …….

Perindu… ;)
Friday, April 09, 2004 00:42:04

*nota*
1- saya tidak membalas sms atau menjawab telefon kerna telefon saya hadapi masalah dan bukan kerna sombong.
2- saya berdiam diri dan jarang masuk ym atas sebab saya alami simptom personality disorder yang memeningkan.
3- saya mohon maaf jika saya hanya bertamu tanpa meninggalkan jejak kerna ada waktunya kita memerlukan masa dan ruang tuk diri kita sendiri.

“…. Jika hitam itu kejahatan, adakah putih itu kebenaran? Dimana pula letak kelabu saat hitam dan putih dititik temu? - Raden “

Istilah Bercinta

“.. cinta… berapa ramai yang mengerti, berapa ramai yang memahami, berapa ramai yang menemui…”

Cinta…
sesuatu yang diseringkan diperkatakan
tapi berapa ramai yang mengerti
berapa ramai yang memahami
erti cinta yang misteri

Cinta…
ramai yang salah sangka
ramai yang tersilap teka
ramai yang pernah mencuba
tapi tidak pernah berusaha

Cinta…
terlalu indah jika dihalusi
terlalu hebat jika disedari
terlalu manis jika diselami
terlalu agung jika dimiliki

Cinta…
hadirnya pelbagai rupa
sesuatu yang tak pernah diduga
sesuatu yang tak pernah disangka
hadirnya membawa bahagia…

Cinta
terlalu banyak nama
terlalu banyak cerita
terlalu banyak bahagia
terlalu banyak derita

Cinta
walau pelbagai istilah tercipta
walau pelbagai lagenda tercipta
engkau kan tetap diingati
engkau kan tetap dinanti…..

~Perindu~
PS1188 080420042257

“…. cintakah itu atau khayalan semata?”

Cintakah Itu

“… datang tanpa diduga pergi tanpa disangka….”

Cintakah itu

manakah maluku
tika aku mengucap cinta
tapi ini yang kumahu
supaya tiada salah sangka

manakah rinduku
yang bermain dikalbuku
tika malam menebarkan sayapnya
tika aku bermonolog sendiri

manakah cintaku
sudahkah ia dibawa pergi
oleh engkau yang baru kukenali
setelah lama ia terbiar sepi

Perindu
Thursday, April 29, 2004 22:37:00

“… gemersik suara itu, dikaukah sang pemilik suara yang menawan kalbu?”

Bintang Kehidupan

“…. saat malam gelita pandanglah langit selatan aku ada disana”

Akukah bintang itu
yang mengembara bersendirian
yang bertemankan sunyi dan sepi
yang terlihat tika malam hari

Akukah bintang itu
yang kembara diatas paksi
tanpa destinasi yang pasti
menghiasi dada malam sunyi

Akukah bintang itu ….
datang penuh persoalan
pergi tanpa jawapan
lenyap tinggalkan kenangan…

aku kah bintang itu….

aku..
PS1188 150420040222
Terus mengembara tanpa destinasi

“… tika rindu menyapa dirimu membawa resah kedalam jiwamu, ketahuilah yang ia dariku”

Mimpi Terakhir

“…. tabahkan hatimu andai ini yang terjadi… “

Malam kian sunyi
hati kian sepi
ku ingin lelapkan mata ini
tapi resah menghampiri

Malam izinkan aku bermimpi
sebuah dunia fantasi
dunia yang bukan realiti
tapi bahagia kan menanti

Inilah mimpi ku
mimpi yang terakhir
mimpi yang kuingini
mimpi yang lama ku cari

tapi mampukah aku lagi
memiliki mimpi itu
setelah sekian lama sepi
setelah sekian lama sunyi

saat begini ku sendiri tak pasti
aku sendiri tak mengerti
inikah mimpi yang kuingini
sekian lama kembara sendiri

malam benarkah ini mimpiku
benarkah ini yang kucari
berikan aku kepastian
setelah lama aku sendirian

ku harapkan ini lah mimpi terakhir
mimpi yang membahagiakan
bukan mimpi yang mengerikan
moga mimpi menjadi kenyataan

aku .. ;)
Thursday, April 15, 2004 23:24:00

“…. andai ini mimpiku terakhir andai ini malam ku terakhir ku pohon seribu kemaafan…”

Top of Page